1.1 - Nombor Bulat Hingga 1 000 000
- Setiap digit dalam suatu nombor bulat mempunyai nilai tempat dan nilai digitnya tersendiri. Contoh nombor 230 475 dibaca sebagai "Dua ratus tiga puluh ribu empat ratus tujuh puluh lima".
Digit |
2
|
3
|
0
|
4
|
7
|
5
|
Nilai
Tempat
|
Ratus
Ribu
|
Puluh
Ribu
|
Ribu
|
Ratus
|
Puluh
|
Sa
|
Nilai
Digit
|
200 000
|
30 000
|
0
|
400
|
70
|
5
|
- Membuat perbandingan nombor menggunakan nilai digit. Nombor manakah yang lebih besar. 654 037 atau 653 074? 654 037 lebih besar daripada 653 074 dengan membandingkan nilai digit pada nilai tempat ribu iaitu 4 dan 3.
- Membuat pembundaran kepada sesuatu nombor yang diberi nilai tempatnya yang terdekat. Contohnya: Bundarkan 574 869 kepada ribu yang terdekat. Nombor 4 berada di Nilai Tempat ribu. Nombor di belakangnya ialah 8 yang lebih daripada 5, maka 4 + 1 = 5. Gantikan semua digit selepas 4 dengan 0. Oleh yang demikian, hasil pembundaran bagi 574 869 kepada ribu yang terdekat ialah 575 869.
Soalan Latihan:
1. Tuliskan nombor di bawah dalam angka.
a) Tiga ratus tujuh puluh ribu lima ratus empat puluh dua.
______________
b) Lima ratus ribu enam ratus sembilan puluh satu.
_______________
c) Empat ratus tiga puluh lapan ribu enam ratus sembilan puluh.
_______________
2. Tuliskan nombor dalam perkataan.
a) 710 418 = _____________________________
b) 609 392 = ______________________________
c) 839 102 = _____________________________
3. Nyatakan nilai tempat bagi nombor yang dihitamkan
a) 839 102 = ________ b) 697 340 = _________
4) Tuliskan nilai digit bagi nombor yang digariskan.
a) 619 482 = ________ b) 138 965 = _________
5. Cerakinkan nombor berikut mengikut nilai tempatnya.
a) 682 117 = ______________________________
b) 300 254 = ______________________________
6. Cerakinkan nombor di bawah mengikut nilai digitnya.
a) 560 432 = _________________________________
b) 731 906 = _________________________________
7. Susunkan nombor-nombor berikut mengikut tertibnya.
a) Tertib Menaik
128 017, 218 710, 127 018, 210 871, 120 871.
________________________________________
b) Tetib Menurun
401 712, 344 765, 490 120, 421 200, 501 218.
________________________________________