CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, 13 December 2012

Tahun 5 : Unit 1.5 - Bahagi Hingga 1 000 000

Nota
1.5 - Bahagi Hingga 1 000 000
        Apabila membuat operasi bahagi;
  • Nombor yang dibahagi diletakkan di dalam rumah pembahagi dan pembahagi diletak di sebelah kiri luar rumah. 
  • Apabila satu nombor bulat dibahagi dengan 10, maka digit terakhirnya ialah baki. Begitu juga, apabila nombor dibahagi dengan 100 maka 2 digit terakhirnya ialah baki.
  • Soalan Penyelesaian masalah- Untuk menjawab soalan penyelesaian masalah, langkah-langkah seperti berikut perlu dijalankan mengikut kaedah 'Polya".
  • Memahami masalah
  • Rancang penyelesaian kepada masalah
  • Gunakan perancangan dan selesaikan masalah
  • Semak jawapan atau penyelesaian.

Latihan:

1)    246 788 ÷ 4 = ___________



2)    591 354 ÷ 5 = ____________



3)    212 143  ÷  17  =  ____________



4)   364 897   ÷  100  =  ____________



5)    Samy mengumpulkan 132 459 naskhah surat khabar lama. Dia mengikat surat khabar lama itu dalam ikatan sepuluh-sepuluh. Berapakah bilangan surat khabar lama yang tinggal?  

Tahun 5 : Unit 1.4 - Darab Hingga 1 000 000

Nota
1.4 - Darab Hingga 1 000 000
        Apabila membuat operasi darab, pastikan..
  • Tulis nombor yang lebih besar di atas
  • Darabkan nombor-nombor dari kanan ke kiri
  • Kumpulkan semula nombor jika 10 atau lebih.
  • Soalan Penyelesaian masalah
    - Untuk menjawab soalan penyelesaian masalah, langkah-langkah seperti berikut perlu dijalankan mengikut kaedah 'Polya".
  • Memahami masalah
  • Rancang penyelesaian kepada masalah
  • Gunakan perancangan dan selesaikan masalah
  • Semak jawapan atau penyelesaian.

Latihan:

 1)   28 366  X  6  = ___________



2)    70 228  X  25 = ___________



3)    39 459  X  10 = ___________



4)   405  X  100 =  __________



5)    Sebuah restoran piza menjual 35 076 keping piza dalam bulan November. Jualan piza dalam bulan Disember ialah tiga kali jualan piza dalam bulan November. Cari bilangan piza yang dijual oleh restoran piza itu dalam bulan Disember ?

Tahun 5 : Unit 1.3 - Tolak Hingga 1 000 000

 Nota

1.3 - Tolak Hingga 1 000 000
         Apabila membuat penolakan nombor :
  • Susunkan nombor-nombor mengikut nilai tempatnya dalam bentuk menegak.
  • Tolak digit-digit dari kanan ke kiri, bermula dari rumah sa.
  • Buat pengumpulan jika nombor yang ditolak lebih besar dari nombor yang ditolak.     
  • Soalan Penyelesaian masalah- Untuk menjawab soalan penyelesaian masalah, langkah-langkah seperti berikut perlu dijalankan mengikut kaedah 'Polya".

    Memahami masalah.
    Rancang penyelesaian kepada masalah.
    Gunakan perancangan dan selesaikan masalah.
    Semak jawapan atau penyelesaian.
Latihan

1)   30 000  -  579  =  ____________




2)   602 764 - 39 829 = ___________



3)   900 724 - 478 290 = ___________




4)  852 900 - 303 847 - 47 817 = ___________




5)  Sebuah pasar raya membeli 390 570 biji telur dari sebuah ladang untuk dijual. 99 010 biji ialah telur gred A, 128 800 biji ialah telur gred B dan bakinya ialah telur gred C. Berapakah bilangan telur gred C yang dibeli oleh pasar raya itu ?

Tahun 5: Unit 1.2 - Tambah Hingga 1 000 000

 Nota

1.2 - Tambah Hingga 1 000 000
         Apabila menambah nombor-nombor :
  • Susunkan nombor-nombor mengikut nilai tempatnya dalam bentuk menegak.
  • Tambah digit-digit dari kanan ke kiri, bermula dari rumah sa.
  • Kumpulkan semula apabila nombor itu ialah 10 atau lebih.

Soalan Penyelesaian masalah
- Untuk menjawab soalan penyelesaian masalah, langkah-langkah seperti berikut perlu dijalankan mengikut kaedah 'Polya".
  • Memahami masalah
  • Rancang penyelesaian kepada masalah
  • Gunakan perancangan dan selesaikan masalah
  • Semak jawapan atau penyelesaian.

Latihan


1)   672 304 + 108 469 = __________    



2)   45 762 + 760 549 = _________



3)   39 188 + 270 101 + 59 672 = ________



4)   543 679 + 12 400 + 906 + 3 654 = _______



5)   Terdapat 98 356 orang penonton yang menonton sebuah konsert di dalam sebuah stadium. Jika bilangan tempat duduk kosong ialah 27 659, berapakah bilangan tempat duduk yang ada di dalam stadium itu ?

Wednesday, 28 November 2012

Tahun 5. Unit 1.1 - Nombor Bulat Hingga 1 000 000



Nota
1.1 - Nombor Bulat Hingga 1 000 000
  • Setiap digit dalam suatu nombor bulat mempunyai nilai tempat dan nilai digitnya tersendiri. Contoh nombor 230 475 dibaca sebagai "Dua ratus tiga puluh ribu empat ratus tujuh puluh lima". 
  • Digit
    2
    3
    0
    4
    7
    5
    Nilai
    Tempat
    Ratus
    Ribu
    Puluh
    Ribu
    Ribu
    Ratus
    Puluh
    Sa
    Nilai
    Digit

    200 000

     30 000

    0

    400

    70

    5
  • Membuat perbandingan nombor menggunakan nilai digit. Nombor manakah yang lebih besar.  654 037 atau 653 074? 654 037 lebih besar daripada 653 074 dengan membandingkan nilai digit pada nilai tempat ribu iaitu 4 dan 3. 
  • Membuat pembundaran kepada sesuatu nombor yang diberi nilai tempatnya yang terdekat. Contohnya: Bundarkan 574 869 kepada ribu yang terdekat. Nombor 4 berada di Nilai Tempat ribu. Nombor di belakangnya ialah 8 yang lebih daripada 5, maka 4 + 1 = 5. Gantikan semua digit selepas 4 dengan 0. Oleh yang demikian, hasil pembundaran bagi 574 869 kepada ribu yang terdekat ialah 575 869.
Soalan Latihan:

1.  Tuliskan nombor di bawah dalam angka.
a) Tiga ratus tujuh puluh ribu lima ratus empat puluh dua.                 
     ______________

b) Lima ratus ribu enam ratus sembilan puluh satu.                           
    _______________

c) Empat ratus tiga puluh lapan ribu enam ratus sembilan puluh.  
    _______________

2.  Tuliskan nombor dalam perkataan.
a)   710 418  =  _____________________________

b)   609 392  = ______________________________

c)   839 102  =  _____________________________


3.  Nyatakan nilai tempat bagi nombor yang dihitamkan
a)  839 102  =  ________        b)  697 340  =  _________

4)  Tuliskan nilai digit bagi nombor yang digariskan.
a)   619 482  =  ________        b)  138 965  =  _________

5.   Cerakinkan nombor berikut mengikut nilai tempatnya.
a)   682 117  =  ______________________________

b)   300 254  =  ______________________________


6.  Cerakinkan nombor di bawah mengikut nilai digitnya.
a)   560 432 =  _________________________________

b)   731 906 =  _________________________________

7.  Susunkan nombor-nombor berikut mengikut tertibnya.
a)  Tertib Menaik 
      128 017, 218 710, 127 018, 210 871, 120 871.
      ________________________________________

b)  Tetib Menurun
      401 712, 344 765, 490 120, 421 200, 501 218.
      ________________________________________

Friday, 26 October 2012

Tips Mendapatkan 5A UPSR.



  • Kalau nak dapat 5A kena ada ramai kawan tapi bukan kawan yang tak elok supaya kita dapat    menambahkan pengetahuan.
  • Kalau boleh, cari kawan yang lebih pandai dari kita.
  • Kena selalu bincang dengan rakan tentang pelajaran agar dapat tambahkan pengetahuan.
  • Belajar selalu, biarlah tidur lewat pun.