CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, 13 December 2012

Tahun 5 : Unit 1.5 - Bahagi Hingga 1 000 000

Nota
1.5 - Bahagi Hingga 1 000 000
        Apabila membuat operasi bahagi;
  • Nombor yang dibahagi diletakkan di dalam rumah pembahagi dan pembahagi diletak di sebelah kiri luar rumah. 
  • Apabila satu nombor bulat dibahagi dengan 10, maka digit terakhirnya ialah baki. Begitu juga, apabila nombor dibahagi dengan 100 maka 2 digit terakhirnya ialah baki.
  • Soalan Penyelesaian masalah- Untuk menjawab soalan penyelesaian masalah, langkah-langkah seperti berikut perlu dijalankan mengikut kaedah 'Polya".
  • Memahami masalah
  • Rancang penyelesaian kepada masalah
  • Gunakan perancangan dan selesaikan masalah
  • Semak jawapan atau penyelesaian.

Latihan:

1)    246 788 ÷ 4 = ___________



2)    591 354 ÷ 5 = ____________



3)    212 143  ÷  17  =  ____________



4)   364 897   ÷  100  =  ____________



5)    Samy mengumpulkan 132 459 naskhah surat khabar lama. Dia mengikat surat khabar lama itu dalam ikatan sepuluh-sepuluh. Berapakah bilangan surat khabar lama yang tinggal?  

Tahun 5 : Unit 1.4 - Darab Hingga 1 000 000

Nota
1.4 - Darab Hingga 1 000 000
        Apabila membuat operasi darab, pastikan..
  • Tulis nombor yang lebih besar di atas
  • Darabkan nombor-nombor dari kanan ke kiri
  • Kumpulkan semula nombor jika 10 atau lebih.
  • Soalan Penyelesaian masalah
    - Untuk menjawab soalan penyelesaian masalah, langkah-langkah seperti berikut perlu dijalankan mengikut kaedah 'Polya".
  • Memahami masalah
  • Rancang penyelesaian kepada masalah
  • Gunakan perancangan dan selesaikan masalah
  • Semak jawapan atau penyelesaian.

Latihan:

 1)   28 366  X  6  = ___________



2)    70 228  X  25 = ___________



3)    39 459  X  10 = ___________



4)   405  X  100 =  __________



5)    Sebuah restoran piza menjual 35 076 keping piza dalam bulan November. Jualan piza dalam bulan Disember ialah tiga kali jualan piza dalam bulan November. Cari bilangan piza yang dijual oleh restoran piza itu dalam bulan Disember ?

Tahun 5 : Unit 1.3 - Tolak Hingga 1 000 000

 Nota

1.3 - Tolak Hingga 1 000 000
         Apabila membuat penolakan nombor :
  • Susunkan nombor-nombor mengikut nilai tempatnya dalam bentuk menegak.
  • Tolak digit-digit dari kanan ke kiri, bermula dari rumah sa.
  • Buat pengumpulan jika nombor yang ditolak lebih besar dari nombor yang ditolak.     
  • Soalan Penyelesaian masalah- Untuk menjawab soalan penyelesaian masalah, langkah-langkah seperti berikut perlu dijalankan mengikut kaedah 'Polya".

    Memahami masalah.
    Rancang penyelesaian kepada masalah.
    Gunakan perancangan dan selesaikan masalah.
    Semak jawapan atau penyelesaian.
Latihan

1)   30 000  -  579  =  ____________




2)   602 764 - 39 829 = ___________



3)   900 724 - 478 290 = ___________




4)  852 900 - 303 847 - 47 817 = ___________




5)  Sebuah pasar raya membeli 390 570 biji telur dari sebuah ladang untuk dijual. 99 010 biji ialah telur gred A, 128 800 biji ialah telur gred B dan bakinya ialah telur gred C. Berapakah bilangan telur gred C yang dibeli oleh pasar raya itu ?

Tahun 5: Unit 1.2 - Tambah Hingga 1 000 000

 Nota

1.2 - Tambah Hingga 1 000 000
         Apabila menambah nombor-nombor :
  • Susunkan nombor-nombor mengikut nilai tempatnya dalam bentuk menegak.
  • Tambah digit-digit dari kanan ke kiri, bermula dari rumah sa.
  • Kumpulkan semula apabila nombor itu ialah 10 atau lebih.

Soalan Penyelesaian masalah
- Untuk menjawab soalan penyelesaian masalah, langkah-langkah seperti berikut perlu dijalankan mengikut kaedah 'Polya".
  • Memahami masalah
  • Rancang penyelesaian kepada masalah
  • Gunakan perancangan dan selesaikan masalah
  • Semak jawapan atau penyelesaian.

Latihan


1)   672 304 + 108 469 = __________    



2)   45 762 + 760 549 = _________



3)   39 188 + 270 101 + 59 672 = ________



4)   543 679 + 12 400 + 906 + 3 654 = _______



5)   Terdapat 98 356 orang penonton yang menonton sebuah konsert di dalam sebuah stadium. Jika bilangan tempat duduk kosong ialah 27 659, berapakah bilangan tempat duduk yang ada di dalam stadium itu ?